Quantcast
Channel: Hidup Simple Luar Biasa
Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

5 MANFAAT MAKAN TELUR SETIAP HARI

$
0
0

Saya jumpa satu info pasal telur di blog Dr Hamid Arshat. Katanya kita sering ditakutkan dengan memakan telur selepas bersalin dan selepas pembedahan kerana katanya masyarakat kita ni beranggapan makan telur nanti luka lambat sembuh dan bernanah. Tidak pasti adakah ia fakta, cakap-cakap nenek moyang atau tiada asas? Lagi satu, ramai beranggapan bahawa makan telur menyebabkan peningkatan kolesterol.

Kita tengok apa kata Dr Hamid Arshat tentang makan telur ni ya.

Satu kajian menunjukkan makan 1-2 biji telur setiap hari meningkatkan kesihatan badan  tanpa meningkatan tahap kolesterol di dalam darah. Ada kajian menunjukkan amalan memakan telur boleh mengurangkan risiko kanser payudara.


Berikut ialah 5 manfaat telur:


1. Mengandungi pelbagai vitamin iaitu A B D E K , logam-logam selenium, kalsium, zinc. Setiap biji telur mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan lemak baik. Telur ialah antara makanan terbaik.

2. Telur mengandungi kolesterol tetapi kajian menunjukkan memakan kolesterol tidak meningkatkan tahap kolesterol di dalam darah. Telur meningkatkan HDL (good cholesterol) yang penting untuk melindungi daripada penyakit jantung, angin ahmar dan pelbagai masalah kesihatan. Kajian menunjukkan makan 2 biji telur setiap hari selama 6 minggu meningkatkan tahap HDL sebanyak 10%. Telur yang diperkaya dengan omega 3 boleh mengurangkan triglycerides dalam darah dan seterusnya melindungi daripada serangan jantung.

3. Telur mengandungi Kolina yang berfungsi untuk membina sel membran di dalam otak dan ini penting untuk kecekapan fungsi otak. Telur ialah sumber terbaik bagi Kolina.

4. Telur mengandungi lutein dan zeaxanthine (antioxidants)  yang sangat penting untuk menjaga keutuhan retina di dalam mata. Kesannya ia mencegah daripada masalah-masalah katarak dan macular degeneration yang sering mengancam penglihatan kita.

5. Sebiji telur mengandungi 6 gm protein yang terdiri daripada asid amino yang bermutu tinggi serta dalam nisbah yang terbaik. Protein ialah zat penting dalam pembinaan dan pembaik pulih semua sel tisu dan organ di dalam tubuh. Memakan telur mempercepat proses baik pulih tisu-tisu selepas pembedahan dan luka daripada trauma.

Zat protein dan asid amino juga penting bagi meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Memakan 2 biji telur ketika  sarapan pagi juga memberi sumber tenaga dan kekenyangan yang lama. Dengan itu ia boleh mengurangkan ketagihan makan bahan-bahan yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat. Kesan baiknya ialah mengurangkan berat badan.

Nampak gaya, lepas ni bolehah bagi anak-anak makan telur setiap pagikan. Kaya kolina tu khas untuk otak. Bagi Neurotransmitter anak-anak aktif. 

Anda mungkin perlukan Protein soya berkualiti tinggi ini.

Soya


Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

Trending Articles


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Top 7 Lies of Boys


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!