Quantcast
Channel: Hidup Simple Luar Biasa
Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

Bahagia

$
0
0
Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Sahabat..

Kalau ada yang bertanyakan apakah yang paling membingungkan di dunia ini, maka jawapannya adalah manusia. Kerana dia mengorbankan kesihatannya hanya demi wang, lalu dia mengorbankan wangnya demi kesihatan.

Lalu dia sangat khuatir dengan masa depannya sampai dia tidak menikmati masa kini. Akhirnya dia tidak hidup pada masa depan ataupun pada masa kini. Dia hidup seakan-akan tidak akan mati. Lalu dia mati tanpa dia benar-benar menikmati apa itu hidup.



Sahabat...

Bersyukurlah apa yang selama ini kita dapati dan kita nikmati kerana kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi hari esok. Ketika lahir, kedua-dua tangan kita kosong. Ketika meninggal, kedua-dua tangan kita juga kosong. Waktu datang dan pergi kita tidak membawa apa-apa.

Jangan pernah sombong kerana kaya dan kedudukan. Jangan rendah diri kerana miskin. Kenapa? Kaya belum tentu mulia. Miskin belum tentu hina. Kaya belum tentu bahagia. Miskin belum tentu menderita.

Bukankah kita semua hanyalah tamu dan semua milik kita hanyalah pinjaman. Tetaplah rendah hati sahabat seberapa tinggi kedudukan kita. Tetaplah percaya diri seberapapun kekurangan kita. Kerana kita hadir tidak membawa apa-apa dan kembali juga tidak membawa apa-apa. Hanya pahala kebajikan atau dosa kejahatan yang dapat kita bawa. Datang kita menangis, pergi juga ditemani oleh tangis.

Maka tetaplah bersyukur dalam segala keadaan apapun. Hiduplah pada saat yang benar-benar ada dan nyata, untuk kita iaitu pada saat ini. Bukan daripada bayang-bayang masa lalu, mahupun mencemaskan masa mendatang yang belum lagi tiba.

Pemenang kehidupan ialah orang yang tetap sejuk di tempat yang panas. Yang tetap manis di tempat yang pahit. Yang tetap rendah hati meskipun telah menjadi besar. Serta tetap tenang di tengah badai yang paling hebat.

Hiduplah dengan bahagia kerana kita memang berhak untuk bahagia.

Kebahagiaan yang hakiki ialah ketika hati mensyukuri pemberian Allah S.W.T. 

Nukilan Ustaz Yayat Rukhiyat.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Boy Banat Patama Tagalog Love Quotes for you


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tropa Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.