Quantcast
Channel: Hidup Simple Luar Biasa
Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

Shaklee Landmark Study

$
0
0
Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan

Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan: Corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang: kajian keratan rentas

Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus and Mark L Hudes.
Nutrition Journal 2007, 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30
Diterbitkan pada 24 Oktober 2007

ABSTRAK

LATAR BELAKANG
Penggunaan makanan tambahan di Amerika Syarikat adalah amat tinggi dan ia mewakili sumber pemakanan yang sangat penting. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai individu-individu yang mengambil pelbagai jenis makanan tambahan secara tetap. Kajian ini menyelidik corak penggunaan makanan tambahan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil pelbagai jenis makanan tambahan; serta membuat perbandingan dengan bukan pengguna dan juga pengguna makanan tambahan multivitamin/mineral tunggal.


KAEDAH


Melalui reka bentuk kajian keratan rentas, maklumat diperoleh melalui soal selidik dalam talian dan pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil pelbagai jenis makanan tambahan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna pelbagai Suplemen, n=278). Data untuk bukan pengguna (Tiada Suplemen, n=602) dan pengguna suplemen multivitamin/mineral (pengguna Suplemen Tunggal, n=176) diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994. Kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.

KEPUTUSAN

Makanan tambahan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna pelbagai suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun. Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya. Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.


KESIMPULAN

Kumpulan pengguna pelbagai jenis makanan tambahan jangka panjang ini mengambil pelbagai jenis vitamin/mineral dan herba secara harian, di samping suplemen yang khusus untuk sesuatu keadaan tertentu. Mereka lebih berkemungkinan mempunyai paras biopenanda penyakit kronik yang optimum, dan kurang berkemungkinan mempunyai tahap nutrien di dalam darah yang berada di bawah paras optimum (suboptimum), tekanan darah tinggi dan diabetes berbanding bukan pengguna dan pengguna multivitamin/mineral tunggal. Penemuan ini perlu disahkan dengan mengkaji corak penggunaan makanan tambahan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil pelbagai jenis makanan tambahan dalam kumpulan lain.

Gabungan Pengarang:
  • Gladys Block
    PhD, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Christopher D. Jensen
    PhD, MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Edward P. Norkus
    PhD, Department of Medical Research, Our Lady of Mercy Medical Center, Bronx, NY
  • Tapashi B. Dalvi
    MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Les G. Wong
    BS, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Jamie F. McManus
    MD, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Mark L. Hudes
    PhD, Nutritional Sciences, University of California, Berkeley, CA




Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.