Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat.
Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda.
Malangnya, semakin meningkat usia, kolagen di dalam badan akan berkurangan. Tetapi jangan bimbang kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat menggantukan kolagen yang hilang.
Bukan itu sahaja, ia juga berupaya menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.
Oleh itu, apa kata cuba Shaklee Collagen Powder. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietary RSS (red snapper scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen diekstrak daripada sisik ikan merah.
Kolagen ini memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1000 dalton, tujuannya ialah membolehkannya diserap dengan mudah oleh badan selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan. Sisik ikan merah juga merupakan sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan lebih tinggi dan tahap pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan.
Shaklee Collagen Powder terdiri daripada tujuh bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Buktinya ia dapat membaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Kesan-kesan lain yang boleh dilihat ialah;
- Anti penuaan - mengurangkan liang pori, kedutan, garis-garis halus yang kelihatan.
- Menghidratkan - melembabkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah.
- Mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembapan.
- Melicinkan - meningkatkan kelembutan dan melicinkan kulit
- Menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar.
- Mencerahkan - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
- Menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara
- Faedah tambahan - menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi. Shaklee Collagen Powder adalah pilihan yang tepat.