Quantcast
Channel: Hidup Simple Luar Biasa
Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

KEK MILO MICROWAVE MAKANAN PALING CEPAT DISEDIAKAN

$
0
0



Semalam tengok resepi kek milo ni kat FB. Viral weh.. Baru je masuk dapur nak buat, sekali tepung habis. Nak keluar memang tak ada mood, pening-pening lalat, almaklumlah hormone Progesterone tengah tinggi sekarang. SMS sahaja suami minta tolong belikan barang keperluan dapur yang dah habis, bangun pagi ni berjenis-jenis barang dapur ada. Siap dengan buah-buahan lagi. Kredit kepada suami yang memahami isteri. 

Ok, pagi ni buatlah kek Milo nikan. Sebenarnya dah lama saya tak beli Milo. Lepas boikot tahun-tahun lepas tu Milo yang ada hanyalah Milo yang dibeli sebelum pertempuran Israel dan Palestine. yang ada ni 3 in 1 yang tak habis. Lepas boikot kami sekeluarga minum Reevo. Jadi Milo saya ni manis sikitlah, saya kurangkan gula. Kemudian akhir sekali saya tambahkan 2 titik esen vanilla. Almaklumlah kalau kuih yang masuk telur ni hanyir. Esen vanilla nak hilangkan hanyir tu. Oh ye, susu tu pakai susu segar atau susu cair ye.


Dah siap, anak-anak berebut makan sebabnya adunan ni hanya untuk 2 bekas remekin. Pusing sekejap je buat kerja di lappy, tengok belakang anak-anak kata dah habis haiihh.. Cepat betul. 

Kalau ada aiskrim ni mesti lagi sedap tau. Sebab pakai microwave kek jadi sedikit kering. Kalau set 3 minit rentung agaknya. Sebab selama ni dah pernah cuba buat, semuanya rentung. Sebab saya setkan pada high temperature. Kali ni masak guna pemanas tu je bukan yang set temperature tu. Memerhati dari luar, bila keknya nampak dah naik, berhentikan dulu nak cek masak ke belum. 1 minit 45 saat masak. kalau kurangkan sikit masanya mesti kurang kering. Rasanya macam muffin. 

Ok, sekian. Anda bolehlah buat ye.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

Trending Articles


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Girasoles para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Pokemon para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!