Quantcast
Channel: Hidup Simple Luar Biasa
Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

ANAK KERAP SAKIT. BAGAIMANA PERKUAT ANTIBODI?

$
0
0



3 LANGKAH PERKUAT ANTIBODI ANAK-ANAK




 


Hari ini saya mahu kongsi tentang anak yang kerap sakit dan demam. Bagi anak kecil, ia suatu perkara normal kerana antibodi belum matang. Ia akan matang selari dengan pembesaran. 

Namun, ibu-ibu perlu ambil perhatian 3 langkah untuk memperkuat antibodi anak-anak. 

1) Menyusukan anak-anak sejak bayi sehingga 2 tahun ia satu proses semulajadi untuk ibu membekalkan antibodi kepada anak melalui susu ibu. Sebaiknya ibu-ibu berusaha sedaya upaya untuk memastikan anak-anak mendapat susu ibu sehingga mereka berusia 2 tahun.

2) Pastikan anak-anak memakan makanan yang seimbang setiap hari dan mestilah memasukkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian mereka. 

3) Pastikan anak-anak aktif bergerak dan bermain, justeru elakkan pemberian gajet kepada mereka. Anak-anak yang aktif dapat mencegah daripada obesiti sejak kecil. 

Jika ibu-ibu tiada idea untuk memberi galakan kepada anak-anak memakan sayur dan buah-buahan, boleh ambil idea ini. Pagi tadi saya masak jemput kangkung. Kangkungnya lebih, tepungnya kurang. Jemput-jemput ini akan menjadi rangup. Sekali pandang, anak menolak kerana ada sayur, tetapi sekali makan, mereka mahu lagi, lagi, dan lagi. 



Sebelum makan jemput kangkung saya berikan anak makan belimbing terlebih dahulu. Setiap hari mesti ada bekalan buah-buahan di rumah. Jika amalan memakan buah dijar sejak dari kecil, anak-anak tidak akan menolak. 

Dalam masa sama saya berikan kepada anak-anak suplemen Shaklee. maklumlah kita mahu berikan yang terbaik. Makan dan minum cukup tidak semestinya nutrien mereka juga cukup. Buktinya? Anak sulung saya ada Eczema, makan minum cukup sebab dia tu memang pemakan walaupun badannya keding. Kalau lama tinggal suplemen, Eczemanya mula nak aktif semula, paling ketara ada keluar putih-putih bawah mata, leher gatal-gatal, kaki, betis siap tergaru-garu. Hehe. Jadi saya yakin, anak-anak perlu makanan tambahan. 

Ok, suplemen apa untuk anak-anak perkuat antibodi?


Mari kita lihat satu persatu.Saya bagi 2 jenis sahaja hari ini ya.

1) Vita-Lea Kids, iaitu multivitamin kanak-kanak. ia mengandungi keseluruhan nutrien yang diperlukan anak-anak. Apabila anak mendapat nutrien cukup, antibodi mereka secara automatik dipertingkat, daya tahan terhadap penyakit lebih tinggi daripada tidak mengamalkan langsung multivitamin ini. 



2) Omega Guard. Minyak ikan tulen Shaklee yang mengandungi Omega 3 iaitu DHA dan EPA khas untuk antibodi dan imunisasi. Malah sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak.


 Akhir sekali, makan suplemen tu jangan lupa masaklah untuk anak-anak dan janganlah diberi makan jajan. Suplemen bukan tiket untuk kita bagi makanan yang tidak sepatutnya kepada mereka. 

Macam biasa, ingat Shaklee, ingat saya ye.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes