Bagi pasangan yang baru berkahwin, tanda-tanda kehamilan ini selalu menjadi tanda tanya maklumlah belum ada pengalaman. Tidak kurang pula yang sudah beranak-pinak. Kadangkala lupa tanda-tanda kehamilan, mungkin kerana faktor jarak anak terlalu berbeza dan si ibu perlu ambil tahu tanda-tanda ini supaya tidak membuat kerja-kerja berat dan mengambil jamu-jamu atau ubat-ubatan yang tidak sepatutnya.
Sembelit berlaku akibat peningkatan hormon progesterone menyebabkan usus memproses makanan lebih perlahan. Selain itu, dehidrasi dan kurang pengambilan serat juga boleh mengakibatkan sembelit. Banyakkan pengambilan serat, kekalkan diri dalam keadaan terhidrat.
4. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
1. Tidak datang haid

Jika kebiasaan haid anda teratur dan kali ini lambat, eloklah jika terus membuat ujian kehamilan dengan membeli kit pemeriksa kehamilan. Ujian ini untuk mengukur tahap hormon HCG di dalam air kencing. Jika ada 2 jalur yang tertera itu bermakna anda hamil dan perlu berhati-hati kerana anda sekarang berdua.
2. Morning Sickness
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.